OMG! Gila Pink

(4 customer reviews)

RM12.00

Out of stock

Penerangan

Bilik tidur merah jambu, langsir dan cadar pun warnanya begitu. Jam tangan, bekas pensil dan fail buku… segalanya mesti menggunakan warna yang satu. Merah jambu… merah jambu… merah jambu!

Aduhai… itulah perangai remaja bernama Nazim Rosman yang gila ‘pink’ pada tahap melampau. Oh my God… memang buatkan semua orang pun jadi risau! Paling tidak boleh diterima, pintu bilik tidur pun mahu dicat dengan warna merah jambu juga. Buatkan ibu bapanya melarang, mana boleh Nazim Rosman yang berjantina lelaki itu punya pintu bilik tidur ala-ala gadis sunti!

Perangai Nazim Rosman yang gila ‘pink’ juga buatkan dirinya dilabel lembut dan lembik. Dia dibuli dan diejek! Hanya kerana berpenampilan terlebih ‘pink’ berbanding pelajar lain.

Paling tidak disangka, oleh kerana Nazim Rosman amat sinonim dengan warna ‘pink’ di Sri Bangsar, dia dengan mudah telah diperangkap dan dituduh melakukan kesalahan disiplin. Hanya kerana bukti-bukti kesalahan itu berwarna ‘pink’!

4 reviews for OMG! Gila Pink

  1. KAIRA

    buku ni best dan kalakar!

  2. KAIRA

    Buku ni sangat best dan menarik!

  3. Nurin Farzana Adilah

    Buku ini sangat menarik, seronok dan kelakar. Pengajaran yang saya dapat ialah tidak terlalu obses terhadap sesuatu perkara kerana ia akan mengundang keburukan seperti yang diceritakan di dalam buku ini. Selain itu, sentiasa sabar dan tabah dalam apa bentuk ujian yang kita terima. Terima kasih kepada yang menerbitkan buku ini.

  4. Nurin Farzana Adilah

    Buku ini sangat menarik, seronok dan kelakar. Pengajaran yang saya dapat ialah tidak terlalu obses terhadap sesuatu perkara kerana ia akan mengundang keburukan seperti yang diceritakan di dalam buku ini. Selain itu, sentiasa sabar dan tabah dalam apa bentuk ujian yang kita terima. Terima kasih kepada penerbit buku ini.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *