Aku Mahu Diari Pink

(4 customer reviews)

RM15.00

Out of stock

Penerangan

Diari adalah buku peribadi yang mencatat segala luahan hati, perancangan sehari-hari dan rahsia yang disimpan rapi. Gadis bernama Ezra Fazrirah merupakan seorang yang sangat suka menulis diari. Segala apa yang terjadi, semuanya tidak pernah terlepas dirakam memori ke dalam diari merah jambu yang digelarkan Pinky Pink.

Diari kesayangan itu mesti dibawa kemana-mana sahaja, sehinggakan ke dalam pawagam yang gelap gelita. Ah… di situ juga dia sempat menulis diari! Tiba-tiba satu hari, tragedi menimpa diri. Pinky Pink kesayangan hilang dan tertukar dengan diari merah jambu lusuh kepunyaan orang lain yang entah siapa pemiliknya. Ezra sememangnya sangat takut jika segala rahsianya terdedah!

Paling parah, Ezra mula mengesyaki… diari itu sebenarnya telah tertukar dengan diari seorang pembunuh bersiri yang berbahaya dan kejam sekali! Diari lusuh di tangannya kini menyimpan butiran peribadi 15 orang mangsa yang telah dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa. Apakah yang akan dilakukan oleh Ezra? Adakah dia bakal menjadi mangsa pembunuhan yang seterusnya?

4 reviews for Aku Mahu Diari Pink

  1. zaheeara as syuhada

    Buku ni memang best…!!!!!

  2. KAIRA

    saya nak sangat beli!!!!!!!!!!!….. tunggu saya datang ye !!!!

  3. AYUNA _01379

    I LOVE THIS BOOK ****

  4. Sya

    I like this novel

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *