Penerangan
Sekolah Sri Bangsar dipilih jadi tuan rumah Ekspo Robot! Cikgu Aziz Zatter selaku guru reka cipta diminta membina sebuah robot. Dibantu Alfi dan Najmina, maka terciptalah sebuah robot bernama TRANSFAMOUS. Malangnya, rekaan tersebut rosak terjatuh dari tingkat tiga. Lebih memeningkan, pertandingan robot tinggal beberapa hari sahaja.
Alfi yang meminati cosplay, mencadangkan robot rosak ditukar menjadi kostum maskot. Masalahnya, ketiga-tiga mereka tidak muat menggayakan kostum tersebut. Alfi terlalu tinggi, Najmina lebar punggung dan Cikgu Aziz pula berperut boroi!
Hari kejadian, Transfamous mendapat perhatian apabila menyelamatkan seorang pelajar yang dihempap tiang tapak ekspo. Malah robot itu boleh menari KPOP!
Transfamous terus popular, menerima jemputan persembahan pula. Maka terpaksalah lakonan diteruskan. Cikgu Aziz, Alfi dan Najmina semakin tertekan tahap hentak-hentak kepala kerana terpaksa menyimpan rahsia besar. Tambah membimbangkan… seorang wartawan bernama Izwan Ali mula mengesyaki sesuatu.
Mampukah rahsia Transfamous terus disimpan? Atau skandal akan terbongkar? Ketahui pengakhiran kisah kelakar bercampur debar dalam Aku Mahu Jadi Robot!
Reviews
There are no reviews yet.