Penerangan
Paris! Kota impian penuh angan-angan. Buatkan ramai teruja dan jatuh hati dengan keindahan kota cinta.
Farah Aryani turut merancang ke Paris selepas tamat SPM. Nekad sangat walaupun hasratnya ditentang keluarga. Sampai sanggup merajuk ke rumah kawan selama 3 hari 3 malam! Sudahnya, terpaksalah diturut kehendak anak tersayang.
Walaupun membenarkan, ibu bapa Farah tidak sedap hati mahu melepaskan anak dara berjalan seorang. Lalu disuruh Kak Wati, bibik setia agar turut serta. Farah pasrah… jika tidak, melepaslah peluang mahu melancong ke tempat impian.
Di Paris, pelbagai dugaan menimpa. Pakej pelancongan yang dipilih tidak menyeronokkan. Kak Wati pula menambah garam ke atas luka dengan tidak berhenti merungut dan membebel sahaja. Percutian ke Paris tidaklah seindah yang disangka!
Takdir menemukan Farah dengan Fasha, ketua The Wannababes yang merupakan musuh ketat ketika zaman sekolah. Kedua-duanya terkandas di Paris atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanakah Farah berhadapan dengan musuh utamanya? Apakah masalah yang menimpa mereka berdua? Dapatkah akhirnya pulang ke Malaysia? Semuanya terjawab dalam AKU MAHU KE PARIS, novel cuti-cuti kelam-kabut yang kelakar ceritanya!
Mayra Hanif –
Assalamualaikum.Masih ada lagi x novel ni? Tq.
KAIRA –
cerita ini sangat best!
KAIRA –
buku ni sangat best.Saya dah baca.
NUR KAIRA ASMA –
CERITA INI ADA BERAPA EPISOD.
KAIRA –
Cerita ni tak ada episod Nur Kaira Asma…