Penerangan
Hijabistar merupakan kisah Farah dan Ina yang telah memakai tudung ketika berusia 17 tahun. Namun tudung yang dipakai adalah kerana paksaan, dek perjanjian tiga penjuru bersama si abang atas sebab satu kesalahan.
Apabila memakai tudung tanpa rela, Farah dan Ina mula terasa diri terseksa. Namun tanpa disangka-sangka, mereka telah dipanggil oleh Ustazah Jamilah dan Cikgu Aini lalu dilantik sebagai Ikon Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Sekolah Sri Bangsar. Mereka juga diminta menulis tip dan pengalaman penghijrahan mereka di kolum Portal Sri Bangsar agar dapat dikongsikan bersama seluruh warga Sri Bangsar.
Farah dan Ina telah menerima tawaran tersebut dengan harapan untuk menyambung impian mereka untuk menjadi popular dalam situasi yang berbeza.
Di samping itu, mereka telah merangka TO-DO-LIST in order to be A Hijabistar. Pelbagai strategi telah dirancang untuk menjadi popular sebagai seorang pemakai hijab. Antaranya adalah mengumpukan gambar-gambar terbaik untuk dimuat turun bersama dengan penulisan di portal.
Mereka juga gigih melihat pelbagai video tutorial. Segalanya demi memastikan tudung yang dipakai menjadi sebutan dan ikutan. Barulah jadi STAR yang sebenar.
Malangnya strategi-strategi yang dirancang banyak kecundang di hujung jalan. Klimaks plot berlaku sewaktu mereka meluangkan waktu hujung minggu di Sunway Lagoon bersama dengan rakan-rakan sekolah bagi aktiviti hujung tahun sebelum menduduki peperiksaan SPM.
Di situ, Farah dan Ina telah mengaibkan diri sendiri tanpa sedar dengan berlakunya insiden insiden kecil yang telah disebarkan secara meluas di laman sosial Tiktok dan menjadi topik hangat di laman portal sekolah.
Mereka perlu membersihkan nama yang terpalit kontroversi, mereka mesti membetulkan niat di hati. Novel ini banyak memberi peringatan tentang sebab sebenar menutup aurat dalam Islam.
Reviews
There are no reviews yet.