Penerangan
Sari Yani selalu berangan, mahu jadi wartawan terkenal hingga ke peringkat antarabangsa… katanya mahu mengharumkan negara! Namun impian tidak seiring personaliti… dia sering mengabaikan tanggungjawab, suka menangguh kerja hingga ke saat-saat akhir.
Akibatnya… kecuaian berlaku, buletin sekolah tersilap cetak hingga 10,000 naskhah malah bakal dipecat pula. Tugasan sekolah pun terabai sampai disuruh berdiri di padang!
Di medan denda, Sari bertemu Murni yang menawarkan salam persahabatan. Murni sudi menjadi jurulatih disiplin kerana Sari hanya tahu menanam cita-cita, namun tiada perancangan merealisasikannya. Akhirnya jadual semakin teratur. Dia berjaya menyiapkan kerja yang diberi guru tepat pada waktu. Malah kembali diterima sebagai ahli kelab Sidang Redaksi!
Namun ironi sekali, si tukang disiplin iaitu Murni kekal tidak siapkan kerja sekolah. Mengabaikan akademik, lebih suka menonton drama Korea! Sari Cik Study Last Minute jadi pelik dengan sikap mentornya. Apakah rahsia Murni pula? Kisah persahabatan ini sarat tip berharga. Gunakan masa untuk membacanya, pasti bermanfaat buat semua!
Nurul Farah –
Saya menyukai buku ini kerana ianya mempunyai nilai nilai yang fositif tentang masa.Masa diibaratkan seperti emas.Kita hendaklah membuat sebuah jadual untuk mempermudahkan kerja kerja yang lain jika mengikuti masa yang telah ditetapkan.
(34 patah perkataan)
*#cabarancutisekolah04*
Kasih Damia Riesya Rizal –
Aduhai si Sari Yani ini!Suka tangguhkan kerja pada saat akhir yang akan menyebabkan pembaca pening kepala dengan sikap Sari.Pengajaran novel ini ialah kita perlu menyiapkan tugasan yang diberikan dan perlu menyiapkan tepat pada waktunya.Jangan jadi seperti Sari Yani,Cik Last minit!
#CABARANCUTISEKOLAH04