Kaki Tidur Skor A

(2 customer reviews)

RM12.00

Penerangan

Siapa tidak kenal Sarah? Pemain terhebat Pasukan Bola Jaring Sekolah Sri Bangsar. Aksinya di gelanggang membuatkan pihak lawan bengang. Lontaran bola tepat masuk gawang buat semua tercengang.

Namun, Sarah hanya hebat di gelanggang. Di dalam kelas, dia umpama puteri beradu. Baru 5 minit belajar, mata sudah kuyu. Lepas 10 minit, berdengkur tidak berlagu. Cikgu cekak pinggang pun dia buat tidak tahu. Sekolah pula beri syarat baru kalau mahu terus jadi wakil sekolah. Membuatkan Sarah makin tidak tentu arah. Bagaimana mahu lulus jika asyik terlelap sahaja? Mujurlah ada tiga sahabat sudi memberi tip dan semangat supaya berubah.

Tip diberi pelbagai rupa… tip menjerit di dalam kelas buat cikgu terperanjat hampir terlentang. Tip pemakanan membuatkan Sarah terkentut-kentut pula. Tip urutan untuk segarkan mata, tetapi Sarah pula yang menjerit kesakitan. Aduhai… kasihan.

Mampukah Sarah berjaya dalam ujian? Mampukah si kaki tidur skor A? Sila baca novel penuh drama ini mengalahkan slot drama dan sinetron.

2 reviews for Kaki Tidur Skor A

  1. Dya’Ana Haris

    buku yang seronok dibaca dan kelakar tetapi sarat dengan tip pembelajaran yang berguna bagi murid sekolah rendah mahupun menengah.perasaan saya bercampur baur ketika membacanya.sekejap sedih,kemudian saspens dan macam macam lagi.antara tipsnya adalah cara untuk tidak tidur di dalam kelas dan jenis jenis pelajar di dalam kelas.

  2. Dya’Ana Haris

    buku yang seronok dibaca dan kelakar tetapi sarat dengan tip pembelajaran yang berguna bagi murid sekolah rendah mahupun menengah.perasaan saya bercampur baur ketika membacanya.sekejap sedih,kemudian saspens dan macam macam lagi.antara tipsnya adalah cara untuk tidak tidur di dalam kelas dan jenis jenis pelajar di dalam kelas. *CABARANCUTISEKOLAH_04*

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *