Penerangan
Suatu hari Pontiana dan Pontiani, kembar hantu jenis pontianak menerima surat berdarah segar daripada Drakokakola. Ia jemputan datang ke New York menyambut pesta Halloween.
Tiba sahaja di sana… barulah mereka tahu yang Drakokakola ada niat lain. Sebenarnya drakula remaja itu mahu rakan-rakannya memujuk ayahnya iaitu Drakolala supaya membenarkannya berpindah ke Sekolah Seram Bangsar.
Namun drakula Amerika itu amat ego, malah memandang rendah hantu-hantu Asia. Maka terpaksalah masing-masing menunjukkan kehebatan menakutkan manusia di New York. Popcong si hantu pocong mahu menyergah dari sebalik semak, namun disangka pengganas ISIS kerana bertutup litup. Boyol si toyol hijau… merancang menakutkan manusia dengan mengetuk pintu. Sebaliknya dianggap kanak-kanak biasa, malah diberi gula-gula sebakul!
Hish… nampaknya orang Amerika memang sudah tidak takut hantu!Benarkah hantu Malaysia tidak menyeramkan? Betulkah hantu-hantu negara Barat lebih hebat? Baca hingga habis Hantu Mahu ke New York… jangan baca dengan hantu ya!
Fthia.xav –
Nice story..
Nur Hafiza Mohd Nor –
Wah! Hantu-hantu asia dijemput ke New York? Ketahui apa yang berlaku kepada mereka. Aksi-aksi mereka untuk menjadi hantu yang paling ditakuti manusia. Gelagat mereka membuat kita ketawa tanpa henti. Walaupun berada di negara orang, hantu Asia tetap sepakat ketika berlawan dengan geng serigala jadian. Terbaiklah!! Siri Lawak Hantu Mahu ini.
Nama: Nuralya Irdina
Ana syazana –
Waduh,kata sahaja siri hantu pasti kita akan memikirkan ianya seram bukan? Tetapi bukan pada siri hantu mahu . Novel ini memang penuh dengan gelak tawa ! Gelagat di Pontiana dan Pontiani yang dijemput ke New York oleh Drakokakola memang tidak boleh dilupakan ! Siapa tidak baca memang rugi !
Sara Aleya –
Adakah anda sudah beli buku hantu mahu ke new York yang ditulis oleh kak Ain Dan abang azanil. Pontianak, pontiani, popcang, boyol Dan langsiwei akan pergi ke new York. Wah! Untuk mengetahui lebih lanjut belilah buku ini Di online atau kedai terpilih.
(42 patah perkataan)