Cik Akademik Lawan Samseng Mereng

(5 customer reviews)

RM12.00

Penerangan

Ada pelajar baru masuk kelas tingkatan 4A di Sekolah Sri Bangsar? Siapa gerangannya? Pelajar luar negara? Remaja bijak dari sekolah berasrama? Anak VIP yang terkemuka? Adakah orangnya kacak bergaya? Ataupun cantik seperti artis ternama?

Oh… rupa-rupanya semua tekaan salah belaka! Pelajar baru itu bukan betul-betul baru. Chiew Kok Yung, dia pelajar corot yang diserapkan ke kelas cemerlang. Dia dihukum oleh Cikgu Amnah… biar berubah perangai, harapnya mampu terkena tempias kerajinan rakan-rakan.

Malangnya Chiew Kok Yung bukan setakat corot pencapaian akademik, gosip liar mengatakan… dia juga samseng! Bertubuh sasa, bermuka serius sepanjang masa dan mulut tidak langsung mahu bertegur sapa… patutlah seluruh warga kelas tingkatan 4A sengaja memulaukannya!

Apabila seorang pelajar corot melawan sekumpulan pelajar-pelajar cerdik… apakah yang akan berlaku? Mampukah diubah diri supaya sama-sama mementingkan akademik? Ataupun si samseng akan lebih menggelupur rimas kerana rasa terperangkap dalam dunia budak-budak cerdik?

Ketahuilah penghujung kisah kelakar tetapi penuh info akademik dalam novel ‘Cik Akademik LAWAN Samseng Mereng’.

5 reviews for Cik Akademik Lawan Samseng Mereng

  1. alya nabilah

    saya sudah beli buku ini.memang buku ni best betul la . lepas ni nk bli buku miss shawlistar LAWAN MISS BAWALISTAR pulak klu ada jualan kat sekolah lagi la klu tak ada madsudnya dah tak boleh beli lagi alaaaaaaaaaqaaaaaaaaaaaaaaa sedihnya

  2. Aisyah Humaira (verified owner)

    Buku yang penuh dengan pengajaran serta nilai persahabatan yang tinggi.Thanks Blink Book Sdn Bhd

  3. Raidah Syafiqah

    Assalamualaikum . Ibu bapa , adik-adik yang comel ada niat untuk mendapatkan buku ini? . Ya! Pilihan anda cukup tepat . Alhamdulillah saya sudah selesai membaca buku ini , sangat puas hati . Buku ini mengisahkan tentang seorang pelajar lelaki yang bermasalah perlu bermentorkan Medina merupakan hukuman kepadanya. Ini semua arahan daripada Cikgu Amnah guru disiplin yang terkenal dengan kegarangan dan jambul kembangnya . Selain itu, sebelum memasuki bab yang baharu , ada beberapa tips yang diselit untuk meningkatkan prestasi adik-adik . Berjayakah Medina membantu CKY yang keras kepala, nakal dan agak kasar itu? Mampukah Medina bersabar? Semua persoalan itu dapat dirungkai di dalam buku . Hadiahkan buku ini kepada orang tersayang.

  4. [email protected]

    Yang cantik , comel adik-adik kesayangan sekalian . Yang sedang meninjau-ninjau tajuk buku yang menarik itu tidak perlu risau kerana buku Blink semua menarik dan sarat dengan pengajaran . Wah! Cik Akademik lawan Samseng Mereng ini tidak kurang hebatnya . Setiap muka surat dapat memberi impak yang besar dalam diri . Mengapa? Ini kerana Kak Ain Maisarah bergabung kepaduan idea mereka maka terhasilah sebuah buku yang hebat . Buku ini juga mengandungi tips-tips pembelajaran . Adik-adik boleh mengenal pasti cara adik-adik belajar . Ha! Teruja bukan jadi marilah membuat pembelian dengan segera. Ibu bapa yang sedang mencari hadiah untuk anak-anak , boleh hadiahkan buku ini .

  5. Batrisya Adriana

    Tajuk:Cik Akedemik lawan Samseng Mereng
    Penulis:Ain Maisarah & Rashiela Nurain

    Buku ini sangat seronok dan mempunyai banyak pengajaran!!!😘 Buku ini mengisahkan seorang budak samseng yang didenda oleh cikgu Amnah supaya ditukarkan kelas dari kelas tercorot ke kelas cemerlang….apakah kesudahan buku Cik Akedemik lawan Samseng Mereng ini📖???? Sesiapa yng tidak mempunyai buku ini dapatkanlah dengan segera di kedai buku berhampiran.😘

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *