Penerangan
Cuti sekolah dibekukan untuk mereka yang bakal mengambil SPM. Jadi, Jefri dan Syuib merancang sesuatu yang nakal… menjadikan asrama seolah-olah benar-benar berhantu. Seterusnya dapatlah cuti daripada pihak sekolah! Namun perancangan itu gagal kerana tertangkap oleh warden dan telah dijatuhkan hukuman denda.
Anehnya, selepas itu secara tiba-tiba asrama digemparkan dengan kemunculan hantu putus kepala. Keadaan bertambah parah hingga merebak menjadi histeria. Hantu asrama nampaknya sudah benar-benar mengganas dan menjelma! Tetapi mengapa secara tiba-tiba? Apa penyebabnya? Apa paling penting… bagaimana mahu menyekat kemaraannya?
Ada pelajar menabur garam sekeliling katil. Kantin asrama turut kehabisan lada hitam yang dijadikan senjata. Ada yang fotostat buku Yaasin lalu ditampal di tepi-tepi tilam. Bagaimana cara sebenar mahu menyekat hantu syaitan? Bacalah HANTU ASRAMA, kisah seram yang kelakar… namun banyak pengajarannya!
anonymous –
Pinjam buku ni daripada kawan..Mulanya tak berapa gemar cerita hantu..Tapi buku ni lain.Di sebalik seram ada juga kelakarnya..Ketawa sambil menggigil haha
anonymous –
terbayang hantu putus kepala,meremang bulu roma.Di sebalik seram,ada kelakarnya.Ketawa sambil menggigil ketakutan