K0008: PERANG ROBOT 2

RM12.00

SKU: K0008 Categories: , , ,

Penerangan

Tajuk: Perang Robot 2: Kuasa Rimba

ISBN: 9789671487310

Penerbit: Blink Trading

Penulis: Genkomik

Tahun Terbitan: 2017

Muka Surat: 127

Halaman: Hitam Putih

Format: Softcover

Berat (kg): 0.15

Dimensi (cm): 20.3 x 14 x 0.6

 

SINOPSIS

Planet Woodeus merupakan sebuah planet hijau yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan serta haiwan. Planet yang subur dengan flora dan fauna itu menyimpan satu kuasa purba yang hebat. Kuasa purba itu membantu penghuni di planet itu hidup di dalam suatu ekosistem. Mereka saling menjaga dan memelihara antara satu sama lain.

Ini semua berubah dengan kejadiran penjajah Mosjira yang tamak. Mereka mahukan segala sumber tenaga yang ada di planet itu untuk kepentingan puaknya sahaja. Peperangan yang meragut nyawa serta keharmonian Planet Woodeus berlanjutan sehingga beberapa lama. Perang itu juga mengakibatkan kemusnahan segala keindahan flora dan fauna di planet itu.

Mampukah penghuni Wooodeus dan bala tenteranya bertahan dengan peperangan ini? Dimanakah perginya Xebilex serta Axel? Adakah mereka muncul sebagai penyelamat Planet Woodeus dari terus musnah? Semuanya terjawab di dalam Perang Robot: Kuasa Rimba!