K0055: ROBOT DINOSAUR 1

RM12.00

SKU: K0055 Categories: , , ,

Penerangan

Tajuk: ROBOT DINOSAUR 1

ISBN: 978-629-7687-21-6

Penerbit: Blink Book

Penulis: MAXIMA KREW

Tahun Terbitan: 2024

Muka Surat: 122

Halaman: Hitam Putih

Format: Softcover

Berat (kg): 0.150kg

Dimensi (cm): 14.1cm x 20.4cm x 0.6cm

 

SINOPSIS

Planet Direxton ialah planet yang dihuni oleh makhluk Yedi iaitu makhluk asing seakan robot. Planet Direxton diperintah oleh dua raja bernama Gidra & Hiria. Mereka berdua adalah peneroka planet Direxton. Hiria berasa planet itu harus diperintah oleh satu raja sahaja. Hiria dan puak-puaknya telah melakukan satu pemberontakan untuk membunuh Gidra serta puak-puaknya.

Berlaku peperangan diantara dua puak itu dan planet menjadi kucar-kacir. Gidra bersama beberapa pengikutnya telah melarikan diri menaiki pesawat khas. Tetapi beberapa pengikut Hiria sempat menyelinap masuk pesawat itu. Berlaku pergelutan didalam pesawat itu. Akibatnya pesawat itu telah terhempas ke bumi. Ketika itu bumi dihuni oleh dinosaur.Mereka semua telah tercampak dan terpisah.

Gidra serta pengikutnya perlu mencari kembali pesawat mereka, pengikut Hiria pula memburu Gidra dan pengikutnya.Gidra dan pengikutnya perlu mencari pesawat mereka yang terhempas dan keluar dari bumi. Mereka menempuh beberapa halangan serta cabaran untuk menemui pesawat mereka itu. Dapatkah Gidra dan pengikutnya menemui pesawat mereka itu?