Penerangan
Tajuk: BONGKAR! MISTERI PENUNGGU TANDAS SEKOLAH
ISBN: 978-629-7687-19-3
Penerbit: Blink Book
Penulis: MAXIMA KREW
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 122
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.150kg
Dimensi (cm): 14.1cm x 20.4cm x 0.6cm
SINOPSIS
Pihak sekolah memaklumkan, semua kegiatan kelab dan rumah sukan perlu dipindahkan ke blok lama sekolah kerana bilangan pelajar yang semakin bertambah. Ketika mesyuarat, Fateh dimomokkan pula dengan kisah seram, penampakan kelibat penunggu di dalam tandas terbiar di blok lama itu.
Ketika bertugas, Fateh yang ditemani oleh Riad dan Chen, mengalami kejadian aneh seperti yang diceritakan oleh semua orang. Namun, ketika pulang, Chen mendapati ada sesuatu yang janggal telah berlaku. Lalu, mereka bercadang untuk kembali semula ke blok lama itu.
Kali ini pelbagai kisah yang menjadi punca dan perkaitan segala misteri di Pekan Songkei akan mereka bongkar! Malah, kemunculan dalang sebenar membuatkan mereka terperangkap dan perlu segera menyelamatkan diri daripada bahaya yang akan mengancam nyawa mereka!