Penerangan
Xebilex tewas di tangan Raja Volton. Namun, kemunculan cahaya misteri telah membawa mereka berlindung ke Planet Woodeus. Emicron Dark mula menjejaki mereka dan akan tiba di Planet Woodeus untuk pertempuran angkasa yang paling epik!
Kemunculan Emicron Dark bersama kumpulan tentera pengganas Planet Mosjira pula membuatkan Almetall dan Lightspeed menjadi resah. Axe, Lex, Heady dan Headshot pula perlu bersiap-sedia sebagai barisan hadapan yang akan menghadapi Emicron Dark bersama bala tenteranya.
Pelbagai kisah dan rahsia mula terbongkar di dalam persiapan mereka menghadapi peristiwa perang robot terhebat di galaksi itu. Mampukah Lex menghen-tikan Emicron Dark daripada terus melakukan kemusna-han kepada semua?