Cikgu Murni

RM12.00

Penerangan

Azizah merupakan seorang pelajar yang membenci hidup kerana kemiskinan keluarganya. Dia menjadi pelajar kera sumbang yang tidak mahu bergaul dengan sesiapa. Diejek anak banduan penjara… membuatkan kehidupan di sekolah bagaikan neraka. Disisih rakan-rakan, dia menyendiri sekian lama.

Mujur ada Cikgu Murni yang prihatin cuba membantu, walaupun beberapa kali guru itu tidak mampu menembus tembok perbincangan dengan si remaja yang memberontak. Ditutup pintu perbincangan. Ditolak secara kasar agar jangan masuk campur hal peribadi seorang pelajar.

Namun satu kejadian memalukan yang berlaku akhirnya membuka ruang untuk mendekati pelajar misteri itu. Cikgu Murni memberikan 5 tugasan kepada Azizah, ia satu cabaran buat si remaja. Jika Azizah benar-benar tekad untuk berubah jadi lebih baik… pasti dia sanggup melakukan tugasan yang diberikan.

Kisah sisi hidup seorang guru ini nyata membuka mata. Guru bukan setakat bertugas mengajar subjek-subjek dalam peperiksaan semata-mata. Seorang guru wajib berhati murni seperti Cikgu Murni bagi memastikan pelajar-pelajarnya berjaya menjadi manusia yang ada sisi insani mulia. Ini sebuah buku kerjaya yang turut dilengkapi nasihat-nasihat motivasi emosi. Sesuai buat bacaan semua.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Cikgu Murni”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…