Lesap Sejuta

RM12.00

Penerangan

Fikri merupakan antara pelajar cemerlang  di MRSM Batu Pahat, di mana dia memperoleh markah A dalam setiap subjek aliran sains. Namun hidupnya sentiasa di dalam persimpangan mahu memilih laluan kerjaya yang diminatinya iaitu menjadi akauntan. Tetapi seluruh keluarga sudah menaruh harapan supaya dia menjadi doktor pakar yang ternama.

Mungkin kerana tidak mendapat restu ibu, beberapa insiden pilu itu telah merubah hala tuju akademik dan kerjaya Fikri. Dia tetap meneruskan impiannya untuk menjadi seorang auditor yang berjaya. Namun, hidupnya tidak pernah berhenti diuji, beberapa kali diasak dengan halangan.

Pelbagai ragam manusia juga terpaksa dihadapi termasuk kekurangan dirinya sebagai manusia biasa. Adakah dia berjaya melepasi ujian hidupnya? Adakah akan sentiasa ada insan-insan yang akan membantunya menghadapi segala suka duka di dalam hidupnya?

Cerita ini juga membongkar skandal berkenaan komplot sulit penyelewangan duit syarikat yang jarang-jarang didengari oleh orang awam. Diselitkan juga laluan akademik bagi mereka yang mahu memilih kerjaya sebagai seorang akauntan. Semoga cerita ini menyuntik semangat pelajar sekolah untuk terus berjaya walau dalam apa bidang pun dan paling penting bekerja jujur demi berbakti kepada negara.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Lesap Sejuta”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…