Penerangan
Diam-diam, Amrina menaruh hati kepada Zul Irfan… jaguh seni lukis sekolah. Segala perasaan dipendam, ia menjadi rahsia paling dalam. Bimbang dikatakan mengada-ngada… yalah, Zul Irfan itu kacak bergaya. Dirinya pula bagaikan lumut yang melukut di tepi tangga. Manalah setaraf dan serasi bersama.
Suatu hari, rakan-rakan Amrina menemui buku Resipi Mencari Cinta. Ia sarat dengan tip merebut hati jejaka. Amrina memperolok-olokkan buku tersebut, namun jauh dalam sudut hatinya… teringin ikut segala tip yang dikisahkan!Lalu bermulalah misi… malangnya lain yang dirancang, lain yang terjadi.
Cubaan mencantikkan diri bertukar menjadi tragedi. Paling memalukan, akibat terlalu ingin menarik perhatian si jejaka idaman, dirinya dimalukan di hadapan warga Sri Bangsar.
Adakah Amrina akan serik mengejar cinta? Mungkinkah semua perasaan akan kekal rahsia? Berjayakah jejaka idaman ditakluki hatinya? Temui jawapannya dalam CINTA SECRET ADMIRER!
Najwatul Husna –
Best! 👏 Walaupun tersenyum sendirian pada akhir penghujungnya, ini mengingatkan saya supaya jangan bercinta semasa di bangku sekolah.
nur shafiqa alieya –
Memang best lah buku ni👏
[email protected] –
Ya Allah sejujurnya saya ingin memberitahu anda semua bahawa buku ini sangat menarik . Ini semua perasaan yang biasa dialami oleh pelajar sekolah , seorang remaja yang ingin meningkat dewasa menyimpan perasaan suka kepada seseorang. Itu dikira biasa . Tapi bagaimana kita sebagai seorang pelajar ingin menanganinya? Dalam diam Amrina telah menyimpan perasaan terhadap seorang murid lelaki sekelasnya , Zul Irfan . Zul merupakan seorang yang sangat kacak dan terkenal disekolahnya . Mungkinkah Zul Irfan bakal menyambut perasaan suka Amrina? Akankah dia menyedari kewujudan Amrina? Soalan ini dapt dirungkai apabila anda membaca novel ini sendiri . Ha! Jangan tersengih seorang diri ya. Selamat membaca sayangku yang cantik.