Kisah Hidup Abu Bakar

RM12.00

Penerangan

Sayidina Abu Bakar membesar sebagai seorang lelaki yang sempurna sifatnya. Beliau memiliki kulit putih, bertubuh kurus dan mempunyai rahang yang nipis. Pinggangnya ramping sehingga dikatakan kain yang diikat di pinggangnya sering terlucut. Wajahnya tirus, matanya cekung, berkening lebar dan selalu mewarnakan janggutnya dengan inai.

Sayidina Abu Bakar ialah sahabat Nabi Muhammad SAW yang paling akrab. Mereka berkawan baik sejak zaman Arab Jahiliah, iaitu semasa Nabi Muhammad SAW belum menjadi rasul. Sayidina Abu Bakar dan Nabi Muhammad SAW hampir sebaya, iaitu Sayidina Abu Bakar cuma dua atau tiga tahun lebih muda berbanding Nabi Muhammad SAW. Nama sebenar Sayidina Abu Bakar ialah Abdullah Bin Uthman. Beliau digelar Abu Bakar kerana mempunyai unta yang banyak, lantaran kekayaannya. Dalam bahasa Arab, perkataan ‘Bakar’ terbit daripada perkataan ‘al-bakr’ yang bererti anak unta.

Walaupun pada zaman Jahiliah, Sayidina Abu Bakar terhindar daripada amalan-amalan buruk. Beliau merupakan seorang yang lemah lembut tutur kata, sopan santun, jujur dan bersifat baik hati. Sayidina Abu Bakar juga tidak pernah menyembah berhala. Atas sebab itu, beliau dipilih Allah menjadi antara 10 sahabat nabi yang terawal masuk syurga. Inilah kisah hidupnya sejak lahir hingga ditarik nyawa.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kisah Hidup Abu Bakar”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…