Kisah Hidup Ali Bin Abu Talib

RM12.00

Penerangan

Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib.

Begitulah nama penuh beliau. Apabila dewasa, tubuh badannya tegap dan sasa. Fizikalnya sederhana… tidak terlalu rendah tidak terlalu tinggi. Janggutnya panjang, tebal dan keputihan akibat uban. Wajahnya tampan dan menyebabkan gadis-gadis Quraisy terpesona.

Sayidina Ali juga bersifat berani. Beliau adalah antara pahlawan Quraisy yang digeruni. Dalam kalangan masyarakat, kepahlawanan Sayidina Ali dapat disamakan dengan pahlawan Quraisy yang terbilang seperti Sayidina Umar al Khattab dan Sayidina Hamzah bin Abdul Mutalib.

Sayidina Ali mempunyai persaudaraan yang rapat dengan Nabi Muhammad SAW. Mereka adalah sepupu. Bapa Nabi Muhammad SAW, iaitu Abdullah dan bapa Sayidina Ali, iaitu Abu Talib ialah adik-beradik, anak Abdul Mutalib. Sayidina Ali dilahirkan pada tahun ke-9 sebelum Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasul. Beliau 31 tahun lebih muda daripada Nabi Muhammad SAW. Ketika umur Sayidina Ali 10 tahun, Nabi Muhammad SAW menerima wahyu daripada Allah SWT untuk menjadi utusan bagi seluruh umat manusia. Ketika berada di rumah, Sayidina Ali kerap mendengar rasul pilihan Allah itu membaca ayat yang pertama diturunkan. Alunan suara Nabi Muhammad SAW membuatkan beliau teruja.

Sayidina Ali merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam. Beliau memeluk Islam ketika berumur 10 tahun, iaitu ketika belum baligh. Ini bermakna beliau masuk Islam ketika belum dicatitkan pahala dan dosa. Sayidina Ali juga tidak pernah sujud pada berhala dan tidak pernah melakukan kemungkaran pada zaman Jahiliah. Beliau juga merupakan orang terawal mengerjakan solat, selepas Sayidatina Khadijah.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kisah Hidup Ali Bin Abu Talib”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…