N0268: BUDAK TERBAIK SUBJEK ENGLISH

RM12.00

SKU: N0268 Categories: ,

Penerangan

Tajuk: BUDAK TERBAIK SUBJEK ENGLISH
ISBN: 9786297797601
Penerbit: Blink Book
Penulis: Haziq Ridzuan & Shasya Ali
Tahun Terbitan: 2025
Muka Surat: 128
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.130kg
Dimensi (cm): 13 cm x 19 cm x 0.6cm
Sinopsis:
Riena Dania merupakan seorang selebriti Tik Tok. Minatnya begitu mendalam terhadap kumpulan K-pop BTS yang dipuja, terutamanya Jungkook. Video tarian lagu-lagu BIS yang dirakamnya sering sohor kini… menjadikannya ARMY paling berpengaruh, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Satu hari, Sekolah Zara Damansara membuat pengumuman akan mengadakan program pertukaran pelajar ke Korea.
Riena teruja! Inilah masanya dia mahu melebarkan pengaruhnya ke sana pula. Dia mahu menyertai… akan tetapi, syarat tidak menyebelahi diri. Keputusan peperiksaan Bahasa Inggeris hanyalah bertaraf C+, sedangkan pelajar yang mahu memonon wajib mendapat gred A+. Hancur luluh harapan Riena!
Mira si sahabat baik mencadangkan agar Riena berguru dengan mentor yang bertauliah lantaran masa begitu suntuk. Dia ditemukan dengan Kimin, pemegang takhta tertinggi markah penuh Bahasa Inggeris. Namun lelaki itu ternyata berperangai dingin dan bersikap anti dengan Korea. Pelbagai cara dilakukan agar Kimin setuju menjadi mentor. Akhirnya, jejaka itu akur juga… Itupun setelah memeteral syarat perjanjian dua hala.
Apakah perjanjian yang dimeterai bersama? Berjayakah Riena melakukan lonjakan daripad: gred C+ ke A+? Mengapa pula agaknya Kimin begitu benci dengan segala yang berkait dengan Korea?
Ketahui jawapannya dalam siri akademik yang sarat dengan tip menjawab peperiksaan Bahas: Inggeris. Inilah BTS: English!