Sold Out

Kisah Si Puteri: Kami Puteri Hebat!

RM25.00

Out of stock

Category:

Description

Ikuti kisah lima puteri mengharungi saat-saat sukar dalam hidup mereka.

Puteri Arabella kecewa kerana tidak mendapat keputusan cemerlang seperti yang diharapkan dalam peperiksaan. Dia kecewa kerana sebagai puteri raja dia merasakan tidak sepatutnya perkara itu berlaku. Mampukah Puteri Arabella bangkit dan cemerlang dalam pelajaran?

Puteri Dian Adelia semakin gembira bertemankan Izyan, rakan baiknya. Namun, tiba-tiba Izyan berubah. Dia dengan sengaja tidak menjawab walau satu pun soalan kuiz matematik. Mengapa Izyan bertindak begitu? Dapatkah Puteri Dian Adelia membantu rakannya itu?

Orang lain pasti gembira apabila dilantik menjadi pengerusi kelab sukan dan rekreasi sekolah. Namun tidak Puteri Farisya. Dia bimbang tidak dapat memikul tanggungjawab itu. Apatah lagi dia perlu mengendalikan pelajar-pelajar senior sebagai ahli kelab. Adakah Puteri Farisya terus mengelak ataupun memberanikan diri menggalas tugas itu?

Puteri Qiara kehilangan nenda tercinta yang kembali ke pangkuan Ilahi. Masih berdukacita dengan kehilangan itu, Dolly, monyet kesayangannya pula tiba-tiba jatuh sakit. Mampukah Puteri Qaira memujuk hati supaya reda dan tabah menghadapi dugaan Tuhan yang datang bertimpa-timpa?

Puteri Humaira tinggal berdua dengan Mak Cik Zainab kerana bondanya perlu berada di Istana Ahmar bagi menyelesaikan urusan negara. Mak Cik Zainab pula jatuh sakit. Buat pertama kalinya Puteri Humaira akan ke dapur, memasak bubur untuk Mak Cik Zainab. Mampukah Puteri Humaira menunjukkan kehebatan sebagai tukang masak?

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kisah Si Puteri: Kami Puteri Hebat!”

Your email address will not be published. Required fields are marked *