Aku Mahu Seoul Sister – Edisi Jimat

RM12.00

Cerita lebih padat, harga lebih jimat.

Penerangan

SPM sudah melabuhkan tirai. Kini masanya mengetahui keputusan yang mendebarkan! Antara Farah Aryani dan Shazarina, dua sekawan itu sama-sama cemerlang. Namun Anugerah Bintang Sri Bangsar iaitu gelaran pelajar cemerlang hanya dikhususkan khas buat seorang! Menerima penajaan penuh ke pengajian tinggi, sebentuk kerongsang emas serta pakej percutian untuk dua orang ke Seoul, Korea.

Maka, masing-masing mendambakan ganjaran yang begitu lumayan, hingga sanggup berbuat apa sahaja! Di Korea nanti, pelbagai perancangan memori manis mahu dicipta bersama. Menggantungkan anak mangga yang tertulis nama FaraIna di Menara Namsan. Selfie di Taman Yeouido dengan latar belakang bunga sakura. Boleh berjalan-jalan di Gangnam bagi melihat sendiri lokasi artis K-Pop ‘dikilangkan’!

Paling bahagia, ia akan jadi percutian dua sahabat sehati sejiwa ke luar negara bersama-sama! Namun segala-galanya hancur berkecai. Rupa-rupanya ada satu pembohongan berlaku antara mereka. Sakitnya hati apabila diri dikhianati! Lebih menggemparkan… saat bertengkar dan terpisah, salah seorangnya telah menjadi mangsa jenayah terbesar di Korea! Siapakah yang terluka, Farah ataupun Ina? Adakah masih ada peluang untuk mereka memperbaiki perhubungan?

Hayati kisah pengorbanan terbesar dalam Aku Mahu Seoul Sister. Sediakan tisu sebelum membaca ya!

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Aku Mahu Seoul Sister – Edisi Jimat”

Your email address will not be published. Required fields are marked *