BTS Matematik

RM12.00

Penerangan

Ain Abdul merupakan anak panitia Matematik di Sekolah Sri Bangsar. Ironinya dia tidak sukakan matematik kerana selalu mendapat markah C. Segala-galanya berubah apabila dia
begitu mahukan tiket konsert BTS. Selaku ARMY yang begitu menggemari Jimin, dia betul-betul mahu memujuk ibunya supaya mengizinkannya pergi ke konsert tersebut.

Ibunya, Puan Kenchana Dewi setuju dengan permintaan itu dengan satu syarat; Ain Abdul mesti mendapat markah gred A+ dalam subjek matematik. Pada ibunya itu ialah motivasi untuk anaknya meningkatkan prestasi diri. Pada Ain, ia satu seksaan menyeksa diri!

Guru matematik mencadangkan Ain pergi berjumpa seorang rakan sebaya iaitu Lisha Sandra. Pelajar itu
dikatakan sangat bijak dalam matematik hingga sering memenangi pertandingan matematik kebangsaan. Apa yang menggerunkan, Ain perlu berkawan dengan Lisha yang sering diejek sebagai Budak Tiga Suku. Ini kerana Lisha mempunyai perangai pelik iaitu suka ketawa terbahak-bahak tanpa sebab atau mencederakan diri tanpa sedar.

Dapatkah Ain Abdul bertahan dengan mentor muda itu mengajarnya matematik? Ataupun dia pasrah harapan bertemu Jimin oppa terkubur akhirnya?

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “BTS Matematik”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…