Hero Vs Pengemis Gedik

(2 customer reviews)

RM16.00

Out of stock

Category:

Penerangan

Kumpulan Jahatnya Orang Itu ~ JOI kini dilanda masalah kewangan, sampaikan kereta pun ditarik oleh pihak bank! Bagi menyelesaikan masalah tersebut, anggota kumpulan JOI iaitu Lady Jajan (bukan Lady Gaga ya!) diarahkan mengutip dana. Misi tersebut dibantu dengan formulasi sejenis minyak wangi yang dipanggil Gegirl de Gediks. Maka bertukarlah Lady Jajan menjadi Pengemis Gedik.

Kini Pengemis Gedik mula menjalankan misi. Setiap lelaki yang dijumpai, pasti dipukau dan dikikis duit hingga kering poket. Menjelajah ke segenap bandar, Pengemis Gedik akhirnya tiba di Sri Bangsar dan menggedik pada tahap maksima.

Sri Bangsar bertambah gempar apabila seorang pelakon popular hilang. Rupa-rupanya pelakon tersebut diculik oleh Lady Jajan bagi menuntut wang tebusan. Skuad Hero Sri Bangsar mesti menyiasat dan menyelesaikan kes ini!

Pada masa yang sama, Gadis Bintang mempunyai masalah peribadi apabila mengesyaki ayahnya mahu berkahwin lagi. Mampukah Gadis Bintang menyelesaikan segalanya, pada kala Pengemis Gedik begitu mengganas dan berleluasa?

Ikutilah kisah lucu superhero Sri Bangsar melawan superjahat Lady Jajan sambil mengunyah makanan ringan. Selamat membaca!

2 reviews for Hero Vs Pengemis Gedik

  1. KAIRA

    Ada lagi tak buku ni? Saya nak beli.

  2. Dania natasya

    Ada lagi tak buku ni
    Saya nak beli.lama saya nak beli buku ni.
    Kalau ada stok saya nak dulu.

Add a review

Your email address will not be published.