MR. RIGHT SELEBRITI

RM30.00

Penerangan

Ini kisah Nana Ilyana, dahulu popular sebagai The Wannababes di Sekolah Sri Bangsar. Kini usianya di penghujung 20-an, masih seorang tiada berteman. Tiada calon suami boleh dibawa bertemu keluarga dan diperkenalkan.

Mencari teman hidup bukan semudah memilih kasut. Itu motto Nana bila bercerita tentang jodoh. Lalu dia membuka mata luas-luas, hasrat hati mahu memilih lelaki yang paling setia dan paling menghargainya. Namun hakikatnya, itu misi mustahil kerana pada usia sebegini, lelaki-lelaki baik kebanyakannya sudah berkahwin dan beranak dua!

Peluang datang apabila Nana diminta menjadi mata-mata risikan dalam sebuah program realiti TV. Ia program MENCARI CINTA bersama angkasawan negara. Nana sendiri teruja, namun ada rasa rendah diri yang hebat di dada. Lelaki itu selebriti, tokoh terkemuka. Adakah mahu memandang dirinya, gadis yang hanya kerja di kaunter mekap biasa-biasa?

Novel ini bukan novel cinta tipikal, ia sarat dengan pegangan dan prinsip dalam pencarian jodoh yang sebaiknya buat seorang wanita. Ini kerana kuasa wanita dalam mencari suami yang membawa ke syurga itu biarlah benar-benar digunakan sebelum akad nikah.

Novel ini mesti dimiliki oleh gadis-gadis solo yang mencari tip jodoh!

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “MR. RIGHT SELEBRITI”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…