OMG! Gila Meow

(7 customer reviews)

RM12.00

Penerangan

Meow… meow… meow!
Itulah bunyi paling damai pada telinga Aniz Zulaikha, seorang pencinta kucing yang tiada tara. Siapa tidak suka binatang yang comel dan gebu. Pandai berkelip mata, bijak bermanja… sekaligus memberi terapi ketenangan setiap masa. Maka tidak hairanlah, Aniz membela sehingga berbelas-belas ekor haiwan itu!

Namun halangan melanda kerana dia berjiran dengan Pak Cik Wahid, pembenci kucing paling tegar. Suara pasti memetir marah setiap kali si bulu mendekati kawasan rumah. Pada orang tua itu, kucing hanya membawa bau hancing menusuk hidung serta meninggalkan tahi busuk berketul-ketul. Tiada guna langsung! Jiran-jiran turut memandang serong, maka Aniz perlu perbetulkan persepsi buruk tentang si meow! Mujur dipertemukan dengan Amanda Krishna, seorang pemelihara haiwan profesional.

Rupa-rupanya menyayangi kucing bukan setakat membelai sahaja. Kebersihan perlu diutama. Disiplinkan si comel supaya tidak merosakkan harta benda. Ketika berusaha menjadi lebih bertanggungjawab, tiba-tiba Pak Cik Wahid menuduh Aniz penyebab cucunya sakit teruk hingga dikejarkan ke hospital!

Benar-benar tersepit dengan tuduhan, bagaimana mahu membersihkan nama sendiri yang sudah terpalit dek fitnah? Baca novel OMG! Gila Meow… sambil usap kucing comel juga ya!

7 reviews for OMG! Gila Meow

  1. aliya afreena

    buku ni best! sebab saya memang suka kucing lagi-lagi yang berbulu lebat dan lembut ala-ala karpet gebu bulu kambing biri-biri.

  2. Azzahra Azizul

    Tak sangka ada orang jaga kucing lebih daripada manusia. Buku ni comel sangat dan comel juga untuk dibaca.

  3. KAIRA (verified owner)

    saya suka buku ni kerana ia ada tips menjaga kucing!

  4. Nabihah

    This book is best because I love cats🐱🐱🐱🐱

  5. ARABELLA AVIANNA

    SAYA SUKA BUKU NI SEBAB SAMA MACAM SAYA , SAYA KUCING LIAR SELALU DATANG KE RUMAH SAYA TAPI SAYA TAK TAHU NA JAGA SEBAB ADA TIP TIP PENTING UNTUK JAGA KUCING DALAM BUKU NI SANANGLAH SAYA

  6. Rina Aishah

    _NAMA : Nur Aishah bt Khairul Azhar_

    _NO AHLI : BTJ060_

    _BUKU YANG DIPILIH : OMG ! Gila Meow

    ~ *Review* ~

    Meow…meow…meow! Siapalah yang tidak suka kepada haiwan kesayangan nabi ini bukan ? Suka , suka juga ! Tetapi ada hadnya . Buku ini sarat dengan pengajaran . Contohnya , Aniz Zulaikha , watak utama di dalam novel ini . Dia telah banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang penyayang terhadap binatang seperti menolong dan membantu kucing terbiar . Amanda Krishna , rakan Aniz juga mengajar saya supaya menjadi seseorang yang rajin sepanjang masa , berdikari dan tidak mengharapkan bantuan ibubapa semata-mata . Buku ini mengandungi beberapa tip membela kucing yang sangat berguna untuk saya mahupun pembaca di luar sana yang mahu membela binatang yang comel dan gebu ini . Ianya sangat menginspirasikan saya .

    Sekian~

  7. FasyaRaisya

    Nice Book! I love it.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…