Korban Kerusi Biru

(2 customer reviews)

RM12.00

Out of stock

Penerangan

Inilah kisah tentang Janna, seorang remaja yang mempunyai kebolehan melihat mahkluk halus. Pandang ke kanan, ada manusia tanpa kepala. Pandang ke kiri, ada wanita yang hitam mukanya. Ini membuatkan dirinya trauma dan berpindah ke Sri Bangsar.

Namun, disangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Di sekolah baru… Janna terpaksa berhadapan dengan masalah. Tersepit antara adegan buli Edora, si samseng raksasa melawan pelajar cemerlang bernama Nani.

Paling menakutkan, Janna dapat melihat ada lembaga wanita berwajah mereput sering mengekori Nani, si mangsa buli. Lembaga itu menari-nari gembira setiap kali Nani berdukacita. Lidahnya panjang, sering menjilat wajah Nani dengan penuh kasih sayang. Nani juga ada rahsia paling besar dalam hidup yang cuba diselindung.

Siapakah lembaga tersebut? Apakah yang akan terjadi kepada Janna jika cuba menyelamatkan Nani? Siapa yang akan jadi korban kisah persahabatan, pembulian dan penderaan perasaan ini?

Ikuti novel hantu seram penuh pengajaran. Kadangkala manusia juga kejam, mengalahkan hantu syaitan!

2 reviews for Korban Kerusi Biru

  1. Nik Batrisyia

    Kisah persahabatan Janna yang dapat melihat alam ghaib dan Nani yang sering dibuli sememangnya cukup sadis dan membuatkan pembaca berasa geram sehinggakan mahu menghempuk buku! Tema yang sememangnya dekat di hati para remaja dan pelajar iaitu buli dan persahabatan. Ia juga menekankan mengenai manusia yang menamatkan riwayat hidup sendiri.

  2. Filzah

    This book is really great.I very like the concept of this book.This book taught you about bully which is one of the main problem at our kids nowadays.I will always hoping that bully one day can be destroy.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *