Penerangan
Amira, pelajar baru Sekolah Sri Bangsar. Kehadirannya ke situ tidak dialu-alukan kerana orang kampung tidak layak bersekolah di kawasan elit lagi urban.
Lebih malang, hari pertama sudah tersilap langkah. Terduduk di meja kantin yang dikhaskan untuk samseng sekolah bernama Rohana. Tambah sadis, Amira secara tidak sengaja tertumpahkan mi kari pada baju samseng menggerunkan itu. Apa lagi? Berlakulah adegan gasak-menggasak.
Sangkanya, penderitaan akan berhenti. Namun Amira terus diperas, diminta membayar wang perlindungan. Terpaksalah dicuri wang hasil perniagaan nasi lemak ibunya yang tidak seberapa.
Suatu hari Amira berkenalan dengan pelajar bernama Amelia. Mujurlah sudi menjadi rakan pada kala yang lain menjauhinya. Amelia pula bercerita perihal tandas berpuaka yang boleh mengabulkan hajat. Atas desakan penderitaannya yang sering dibuli Rohana, ritual tandas berpuaka dibuat.
Sejak itu, Amira mula diganggu makhluk halus… malah ada kelibat berdamping dengannya. Kemuncak segala gangguan, berlakunya kejadian histeria berangkai di sekolah! Apakah yang bakal terjadi kepada Amira? Siapakah Amelia sebenarnya? Baca novel Puaka Tandas Berhantu, jangan minta kawan teman ke tandas pula!
Nikky Izzaty –
Buku ini sarat dengan pengajaran.Jalan cerita yang menarik dan tidak bercampur aduk juga ayat yang gramatis sangat sesuai untuk dibaca.Bahasa Melayu penuh dan tiada bahasa pasar serta bahasa singkatan.Buku ini sangat menarik.Anda perlu memilikinya!Dapatkannya sekarang!
Nikky Izzaty –
Buku ini sarat dengan pengajaran.Jalan cerita yang menarik dan tidak bercampur aduk juga ayat yang gramatis sangat sesuai untuk dibaca.Bahasa Melayu penuh digunakan tiada bahasa pasar serta bahasa singkatan.Buku ini sangat bagus dan menarik.Anda perlu memilikinya!Dapatkannya sekarang!
Nor Amelia –
Buku ini disukai kerana cover yang menyeramkan dan menarik. Jalan cerita mendebarkan dan turut terselit banyak kesan-kesan keburukkan dari sesuatu permujaan hajat, dan keburukkan menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an atas perbuatan syirik. Tapi diingatkan sesuatu hajat itu pasti ada bayarannya. Jangan sesekali melakukan perkara syirik ia membawa padah. Ubah sebelum terlambat!. ‘ 5 bintang.’
Huda –
Buku ini sangat seram saya ini susah nak tidur malam bila nak gi tandaas malam malam ni mula lah timbul perasaan takut