Juvana: Tahfiz Terbakar

(6 customer reviews)

RM12.00

Penerangan

Andai dapat diundur masa, aku tidak akan berhenti sekolah, terjebak dengan najis dadah dan membunuh manusia. Namaku Fareeq… sepatutnya menduduki peperiksaan UPSR.

Namun, aku lebih suka hidup bebas seperti abang. Tidak perlu ke sekolah dan tidak terkongkong. Biarpun pada mata semua, kami umpama sampah. Sepatutnya aku hargai jasa emak dan ayah, berbuat baik kepada sesiapa sahaja…

Suatu hari, timbul perselisihan aku dengan pelajar tahfiz… yang kurasakan berlagak. Macam mereka sahaja yang layak masuk syurga. Api kebencian dan dendam akhirnya menjadi api yang membakar hangus keseluruhan tempat tidur mereka… malah turut mengorbankan banyak nyawa.

Adakah aku puas hati sekarang? Tidak… aku dihantui rasa berdosa, yang mungkin dapat ditebus dengan hukuman gantung sampai mati.

6 reviews for Juvana: Tahfiz Terbakar

  1. Putri Hazlyn

    buku ini paling saya sangat terkejut . apabila sudah habis baca mesti mahu baca banyak banyak kali sehingga meleleh air mata saya . hahaha . penganjaran yang saya dapat ialah “jangan ikut sifat orang yang tidak baik . mana yang baik jadikan tauladan . yang buruk biarkan” mashaAllah ❤️ tersentuh hati saya ketika membaca . disebabkan saya menangis kerana ceritanya terlalu sedih , saya bagi pula pada kawan kawan saya. mereka pun turut sebak . dan buku ini banyak pengajarannya ❤️

  2. Aisyah Najla

    Novel tahfiz terbakar ini banyak pengajaran kepada pembacanya.Antara keburukannya ialah,akibat mengambil najis dadah ,fikiran menjadi tidak waras dan bertindak mengikut kata hati.Akibatnya banyak nyawa yang menjadi korban.

  3. Aisyah Najla

    Novel tahfiz terbakar ini banyak pengajaran kepada pembacanya.Antara keburukannya ialah,akibat mengambil najis dadah ,fikiran omenjadi tidak waras dan bertindak mengikut kata hati.Akibatnya banyak nyawa yang menjadi korban.

  4. Nur Syazwani Rizan

    Novel ini menceritakan kembali tentang kisah benar yang pernah menggemparkan tanah air sewaktu masa dahulu. Mempunyai banyak pengajaran yang boleh diambil. Menyimpan pelbagai rasa apabila anda membacanya. Perasaan sedih, berdebar-debar dan sebagainya bercampur-baur di dalam satu novel sehingga sukar diluah. Mahu merasainya? Belilah sekarang!

  5. Ahmad hakimi

    Best bercampur sedih la hmmmm…… Tapi nape part budak bagi surat kat mak dia nama usman bukan amiel ke….. Saje cakap sebab dia kawan saya…… Bekas sekolah taman keramat

  6. Winawin2

    Nk menangis rasa baca buku ni. Byk pengajaran yg dpt diambil dari buku ni. Kompem mesti beli!!

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *