Penerangan
Pernah kenal manusia psiko? Yang kau lihat dia normal macam orang lain, tapi kau tak tahu di sebalik manis kata-katanya, rupa-rupanya dia adalah pembunuh! Lebih menggerunkan apabila kau cuma kenal dia melalui alam siber, sedangkan dia sebenarnya dah lama perhatikan kau dan menunggu peluang menjadikan kau mangsa seterusnya. Hah, seram tak?
Itulah yang penulis nak sampaikan dalam buku ni, kadang-kadang orang yang kau percaya itu yang akan buat aniaya. Apabila sudah terkena, menyesal pun tak berguna. Sekurang-kurangnya buku ini dapat mengingatkan kau supaya berhati-hati dengan jenayah siber. Sebab sasaran mereka tidak mengenal usia dan bangsa.
5 kisah dengan jalan cerita berbeza. 5 kes jenayah media sosial. 5 kali perasaan kau akan digoncang debar. Penuh saspens dan aksi, adakah mangsa dalam 5 cerita ini dapat lepas daripada perangkap kejam sang suspek?
5 kisah cinta psiko yang mampu membuatkan kau merinding kengerian, kerana kelima-lima kisah ini diadaptasi daripada kes jenayah sebenar yang pernah berlaku. Sebuah karya realiti yang diolah dalam bentuk fiksyen.
Jangan baca kalau kau tak mahu tahu rahsia seorang penjenayah siber!
Reviews
There are no reviews yet.