PROMOSI OKTOBER!

Doa Buat Anak Solehah

RM12.00 RM10.00

Penerangan

Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak yang soleh/solehah mendoakan untuknya.” (Riwayat Muslim).

Semua ibu bapa mengimpikan anak yang baik. Lebih-lebih lagi cabaran memiliki anak perempuan… dikatakan lebih sukar daripada menjaga 100 ekor lembu! Ramai juga mencari jalan segera menghantar pengarang jantung mereka ke tahfiz agama. Mengharapkan ‘amanah Allah’ yang tidak sempat diasuh sepenuhnya di rumah dapat menjadi ‘si solehah’ serta-merta. Moga-moga automatik bertudung menutup dada. Harapnya tahu mengaji dan solat tanpa culas. Walhal, pengaruh rakan sebaya dan Internet kini begitu membimbangkan. Anak-anak perempuan meliar, mulut cabul memaki tanpa batas dan pergaulan bebas!

Majoriti lupa… Allah sudah turunkan panduan. Ia ada di dalam Al-Quran! Lihatlah Surah Luqman, khusus menceritakan kisah beliau beserta nasihat yang disampaikan kepada anak-anaknya. Tatkala iman senipis bawang, persekitaran membusuk dengan masalah sosial… buku ini pasti memberi harapan bahawa memiliki anak solehah itu tidak mustahil dengan senjata muslim yang utama iaitu… DOA!

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Doa Buat Anak Solehah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…