Permainan Gelap: Squad Game

RM12.00

Penerangan

Aniq kini berada di dalam sebuah bilik yang sangat luas bersama tujuh orang peserta yang lain. Kesemua dinding bilik berwarna putih. Apabila diamati betul-betul, tidak kelihatan satu pun pintu untuk keluar. Debaran kian terasa. Tetapi Aniq tetap teruja mahu mengetahui apakah jenis cabaran yang perlu dilalui dalam pusingan ini selepas berjaya menewaskan lawannya dalam cabaran bilik sejuk sebentar tadi.

Selang beberapa ketika, satu skrin besar diturunkan secara perlahan-lahan. Para peserta berpandangan sesama sendiri sebaik membaca perkataan yang tertera di skrin itu – PATUHI ARAHAN. Ringkas, namun tidak dapat diselami maksud yang ingin disampaikan. Dahi Aniq berkerut. Adakah ia adalah satu soalan atau petunjuk?

Aniq hanya mampu menjawab dengan gelengan. Dia cuba memerhati di sekeliling. Tiada apa-apa yang boleh dijadikan petunjuk.

Aniq sedar, tahap cabaran untuk pusingan kali ini tentunya lebih sukar. Jadi dia perlu bersedia dari aspek mental dan fizikal. Daripada lebih seratus peserta yang mendaftar dan melalui ujian saringan, kini hanya tinggal lapan peserta terbaik. Selamat mengalami debaran yang menggila dalam SQUAD GAME!

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Permainan Gelap: Squad Game”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…