Permainan Gelap: Truth Or Dare

RM12.00

Penerangan

Ini adalah buku fiksyen seram yang mengisahkan tentang empat sekawan iaitu Rifqi, Adhwa, Naem dan Faris yang mengalami episod seram dan ngeri setelah bermain permainan ‘Truth or Dare’ semasa berkhemah di dalam hutan.

Dalam permainan ini, pemain yang memilih ‘truth’ perlu berkata benar bagi menjawab soalan yang diajukan pemain lain. Andai memilih ‘dare’ pula, mereka mesti berani melakukan sebarang arahan yang diminta.

Rifqi tidak bersetuju dengan konsep permainan ini lalu menarik diri. Tiga sahabat yang lain meneruskan permainan dengan bersumpah bahawa mereka ditimpa malapetaka sekiranya menipu dalam permainan ini.

Namun, masing-masing bersikap tidak jujur dan akibatnya, mereka bertiga berdepan dengan detik menakutkan sehinggalah mereka menemui ajal dalam keadaan aib mereka terbongkar.

Itulah konsep fiksyen buku ini, diharap mampu memberi kesedaran kepada para pembaca. Banyak pengajaran yang boleh diambil termasuklah sentiasa berhati-hati semasa masuk ke dalam hutan, tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah agama, tidak mengkhianati orang lain dan berbuat baik sesama makhluk.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Permainan Gelap: Truth Or Dare”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…