Aku Mahu Jadi Seoulvivor – Edisi Jimat

(1 customer review)

RM12.00

Cerita lebih padat, harga lebih jimat.

Penerangan

Sambutan hari lahir dibuat di Seoul, Korea. Oh… bukan calang-calang remaja yang dapat menikmati kehebatan sebegitu. Ibu bapa memberi kejutan, malah sudi menaja segalanya.

Sazzy The Wannababes tidak menyangka, itu hadiah buatnya. Menginap hotel mewah… malah bakal duduk kerusi VIP bagi menghadiri Seoul Fashion Week. Kemungkinan besar dapat bertemu artis-artis K-POP. Oh, hebatnya jika ada G-Dragon!

Paling seronok, Sazzy diberi kepercayaan melancong bersama sahabat seusia. Maka tentunya ahli The Wannababes yang jadi teman pilihan bagi menikmati segala kehebatan.

Malangnya sebaik sampai… pemandu teksi membawa dua remaja terus ke ceruk kampung dan bukannya ke Seoul. Lebih menakutkan, mereka dikejar samseng jalanan. Habis pakaian, dokumen daftar hotel dan pasport dicuri dalam sekelip mata!

Percutian merangkap sambutan hari lahir Sazzy terus berubah jadi satu ekspedisi menyelamatkan diri dan nyawa. Mereka perlu bertahan di Seoul dalam keadaan sehelai sepinggang, sekeping duit pun tiada!

Mampukah Sazzy susah di negara orang pada kala selama ini hidupnya senang-lenang? Sememangnya kisah travelog ini mendebarkan… mengundang sakit jantung, pinggang, dan pankreas! Bacalah novel Aku Mahu Jadi Seoulvivor hingga ke muka surat terakhir bagi mengetahui jawapannya!

1 review for Aku Mahu Jadi Seoulvivor – Edisi Jimat

  1. Anis

    Buku ni memang terbaik.. Kisah antara sazzy dan Fazura sangat mencabar.. Pelbagai tragedi yang berlaku.. I love this book..

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *