Bijak Dekor

RM12.00

Penerangan

Malunya tidak terperi, memang merah pipi! Mana hendak diletak muka lagi? Di Sekolah Sri Bangsar, tingkatan 4D diumumkan sebagai kelas terkotor selama lima kali berturut-turut. 4D kini diberikan jolokan Tingkatan 4 Daki! Alisha selaku ketua kelas, terpaksa naik pentas dan menerima hadiah penyapu tanda sindiran.

Akibatnya, guru kelas mahu mahu membatalkan rombongan akhir tahun. Ugutan tersebut membuatkan Alisha berusaha menyatukan rakan-rakan sekelas mentransformasikan bilik darjah!

Misi mereka, menceriakan kelas dengan beberapa cadangan;

  • Kelas dicat, barulah berubah wajah!
  • Lantai dialas karpet mampu memberikan suntikan mewah.
  • Meja perlu berbalut lebih unik apabila dilapik span ala-ala bantal.

Idea sudah menarik, tetapi kewangan kelas hanya ada RM5. Jadi bagaimana mahu mengubah nasib?

Mampukah Alisha bersama rakan-rakan sekelas berjaya menceriakan kelas? Atau bakal kembali menjadi kelas terkotor sekali lagi!

Ikutinya segalanya dalam novel Bijak Dekor.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bijak Dekor”

Your email address will not be published. Required fields are marked *