Lawak Pantun

RM12.00

Penerangan

Inilah komik yang bukan sebarang komik kerana ia memfokus kepada keindahan… PANTUN!

Sememangnya jarang-jarang berlaku… lazimnya komik selalu bercerita tentang kisah aksi yang membawa tema sukan, robot dan perang.

Kali ini memang unik, memang lain daripada yang lain. KOMIKAW mahu memastikan ada pelbagai genre komik yang dapat menjadi pilihan. Secara spesifik komik ini sesuai dimasukkan dalam kategori bahan bacaan pembelajaran santai. Pembaca semua dapat belajar berpantun. Pada masa yang sama… kekal ketawa dengan jenaka yang dihasilkan oleh pekomik prolifik; XS Rizal.

Diharapkan usaha mempelbagaikan komik ini akan membuatkan jangan ada yang prejudis lagi. Sesungguhnya membaca komik bukanlah sekadar hiburan… kita juga boleh dapat pelbagai pengetahuan. Lawak Pantun ini amat sesuai dihadam oleh pembaca remaja dan kanak-kanak, biar warisan budaya pantun itu terus malar segar.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Lawak Pantun”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…