Study Santai Sains

RM12.00

Penerangan

Study Santai kembali lagi… kali ini dengan memfokuskan kepada subjek yang digeruni ramai iaitu SAINS.

Inilah komik yang bukan sebarang komik kerana ia memfokus kepada sisipan ilmu berguna, menambah pengetahuan pembaca tentang subjek sains.

Santai tetapi sampai, KOMIKAW menawarkan komik pendidikan yang membuatkan pembaca boleh memahami konsep asas sains. Di dalamnya ada asas-asas sains yang disentuh dalam gaya kelakar. Pasti pembaca akan lebih mudah mengingati fakta, malah membayangkan sketsa ini sebagai alat bantuan belajar.

KOMIKAW mahu memastikan ada pelbagai genre komik yang dapat menjadi pilihan. Maka secara spesifik komik ini sesuai dimasukkan dalam kategori bahan bacaan pembelajaran santai.

Diharapkan usaha mempelbagaikan komik ini akan membuatkan jangan ada yang prejudis lagi. Sesungguhnya membaca komik bukanlah sekadar hiburan… kita juga boleh dapat pelbagai pengetahuan. Study Santai Sains ini amat sesuai dihadam oleh pembaca remaja dan kanak-kanak, moga-moga mencetus minat lebih ramai remaja agar menceburi bidang sains.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Study Santai Sains”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…