Misteri Perkhemahan

RM12.00

Penerangan

Inilah himpunan kisah antalogi cerita-cerita berkaitan perkhemahan yang disatukan dalam satu nashkah. Perkhemahan, merujuk kepada aktiviti mendirikan tempat perlindungan sementara yang boleh bermalam. Ia juga kebiasaan diperbuat dari kanvas bersama tiang besi… mampu didirikan agar menjadi tempat tidur juga berteduh yang selesa. Khemah yang dibina haruslah kuat apabila dipukul angin ribut dan jika terkena hujan lebat.

Lazimnya juga… perkhemahan dibuat di dalam hutan, tepi sungai, tepi laut, dan lokasi-lokasi terpencil.

Perkhemahan pada asasnya ditekuni oleh individu-individu yang sukakan aktiviti lasak dan gemarkan cabaran.

Setiap kisah-kisah di dalam buku ini juga diakhiri dengan cara yang paling tidak disangka… buatkan pembaca terasa seperti naik roller coaster. Sememangnya mendebarkan tetapi banyak pengajaran!

Turut diselitkan; petua perkhemahan yang disampaikan sendiri oleh jurulatih bertaraf pakar. Maka tidaklah buku ini hanya hiburan semata-mata. Jika baca di sekolah pun mesti cikgu tidak akan rampas. Tetapi jika dibaca semasa guru sedang mengajar, itu namanya membaca atas risiko sendiri.

Paling utama, ia memberi perspektif berbeza kepada remaja apabila disebut tentang aktiviti PERKHEMAHAN, yang pasti mengundang misteri dan buatkan ramai ingin tahu rasa debarannya.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Misteri Perkhemahan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…