BTS English

RM12.00

Penerangan

Riena Dania, pelajar tingkatan 5 yang juga merupakan seorang selebriti TikTok dek kerana minatnya terhadap kumpulan Kpop BTS yang begitu mendalam, terutamanya kepada Jungkook. Video tarian lagu-lagu BTS yang dirakamnya sering kali sohor kini di Tik Tok, menjadikan dia antara ARMY paling berpengaruh, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

 

Satu hari, berita Sekolah Zara Damansara akan mengadakan program pertukaran pelajar ke Korea mula tersebar. Sahabat baik Riena, Mira Faizah menjadi orang yang bertanggung jawab menyampaikan hal tersebut ke telinganya. Riena mula rasa teruja. Inilah masanya dia mahu melebarkan pengaruhnya di sekolah di Korea pula. Cepat-cepat dia mahu memohon. Akan tetapi, syarat tidak menyebelahi dirinya dek kerana keputusan Bahasa Inggeris hanyalah bertaraf C+, sedangkan pelajar yang mahu memohon wajib mendapat gerd A+.

 

Hancur luluh harapan Riena. Namun, dia tidak berputus asa. Pengaruh ibunya yang juga merupakan timbalan pengerusi persatuan PIBG sekolah mahu disalah guna. Pun begitu, lain yang diharap, lain pula yang perlu dihadap. Si ibu tidak mahu membantu, malah terkejut beruk mengetahui keputusan anaknya yang sungguh membawa malu. Riena dihukum. Segala barangan berunsur BTS disita dan bagi menebus semula, dia perlu mendapat A+ dalam Bahasa Inggeris dalam peperiksaan akan datang. Menangis tidak berlagu Riena dibuatnya.

 

Mira mencadangkan agar Riena berguru dengan mentor yang bertauliah lantaran masa yang suntuk. Perkenalan dengan Kimin, pemegang takhta tertinggi markah penuh Bahasa Inggeris umpama penyelamat. Tambahan pula, wajah seiras Jungkook yang dimilik Kimin bagaikan bulan jatuh ke riba. Namun, angan-angan tinggal impian apabila Kimin ternyata berperangai dingin dan sangat anti dengan Korea. Berbagai-bagai cara dilakukan agar Kimin setuju menjadi mentor untuk dirinya. Akhirnya, Kimin setuju juga. Itupun setelah memeterai syarat perjanjian dua hala.

 

Apakah perjanjian yang dimeterai antara Riena dan Kimin? Berjayakah Riena melakukan lonjakan saujana daripada gred C+ ke A+? Mengapa pula agaknya Kimin begitu benci dengan segala yang berkait dengan Korea? Ketahui jawapannya di dalam siri akademik yang penuh mencuit hati dan sarat dengan tips menjawab peperiksaan Bahasa Inggeris ini. Inilah BTS: English!

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “BTS English”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…