Penerangan
Kepada : Bakal Imamku.Kini aku remaja. Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa, terbit satu pertanyaan… “Aku ini tulang rusuk kiri siapa? Bagaimana rupanya? Tinggi ataupun rendah? Kurus atau gempal? Cerah ataupun gelap? Tampan ataupun jelek? Puas dibayangkan… impikan jejaka budiman, persis seorang pahlawan. Tetapi yang lebih penting… si dia mestilah orang beriman. Semoga ke temu… kalau tidak di dunia, di syurga hendaknya.
Bluwek! Urgh! Yuck! Hampir semua yang membaca FB Ustazah Sentap terasa mahu muntah darah. Buat pertama kali, statusnya tidak sentap memperingatkan tentang iman dan Islam. Kali ini luahan rasa mahu bercinta, tergedik-gedik semacam!
Segalanya bermula apabila Bahiyah menghadiri majlis perkahwinan campur antara kaum. Perasaan mula berbunga melihat ‘cinta halal’ raja sehari. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja dia mahu rasa disayangi! Ya, Ustazah Sentap kini mahu mencari bakal imam, pemilik tulang rusuk kiri di SSB.
Berjayakah direalisasikan impiannya mahu bercinta secara patuh syariah? Wujudkah istilah couple Islamik yang sebenarnya? Mampukah Bahiyah benar-benar bercinta hingga ke syurga? Ustazah Sentap #CintaTillJannah ada jawapannya!
Nur Farisha –
Betulkah ustazah sentap sudah bercinta? Siapa orangnya?! Semuanya bermula ketika Bahiyah menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Entah kenapa cinta agama telah bergaul dengan cinta Si dia ketika remaja. Adakah kaum Adam dan Hawa ini bakal disatukan, terutamanya hingga ke syurga? Ustazah Sentap #CintaTillJannah ada jawapannya! Cepat! Sebelum nasi sudah menjadi bubur.
Aisya Insyirah –
Nama:Aisya Nur Insyirah Binti Afandi
Nombor Ahli:BTJ013
#CABARANCUTISEKOLAH04
Buku yang ditulis oleh Ain Maisarah dan Nana Syazana yang bertajuk Ustazah Sentap#cintatilljannah ini teramatlah menarik hati semua Blinkers.Mengapa?Ini kerana buat kali pertamanya,Bahiyah membuat luahan rasa mahu bercinta!
Segalanya bermula apabila Bahiyah menghadiri majlis perkahwinan kakak Naiswarya.Bahiyah mahu bercinta gaya islamik.Diajak sekali Amani,salah seorang kawan baiknya untuk melakukan misi mencari Mr.Right Soleh.
Bukan sahaja banyak pengajaran,tetapi ceritanya juga menarik!Siapakah bakal imam Bahiyah si Ustazah Sentap?Jika mahu tahu,apa lagi?Segeralah beli buku ini!Yang menariknya,pada hujung cerita ini muncul Ustazah Sentap yang kedua!Jangan tersentap pula ya selepas baca!
PENYERTAAN PERTAMA
(100 patah perkataan)
Sharifah Arissa Sofiya –
Boleh tak kakak Ain Maisarah bagi diskaun sikit untuk saya sebab saya tengok komen komen diorang tu, saya rasa buku cerita ni best lah bolehhhhhh ?
Boleh tak kalau Kak Ain Maisarah buat buku cerita macam ni lagi ?
Best lah buku cerita yang Kak Ain Maisarah buat ni macam nak beli semuanya.
Masaalahnya sekarang ni saya tak cukup duit.
Hmmm jawapannya tunggu besar nantilah.
Saya harap kak Ain Maisarah boleh bagi diskaun kat saya.
Huwaaaaaaaaaaaa sedihnya kalau tak dapat beli buku cerita ni. Dah lah akak ni cantik orangnya.