Penerangan
10 tahun dahulu, Ustazah Sentap Sekolah Sri Bangsar -Siti Bahiyah Solehah cukup lantang berdakwah. Tegas meletakkan jarak dengan lelaki ajnabi. Kononnya, pelamin angan cinta till jannah sudah terkubur dengan berakhirnya kisah antara dia dan Saif Daniel, so-called Mr Right Wrong Soleh.
Namun siapa sangka, dia memilih berkahwin muda! Tepat 19 tahun, dia bergelar seorang isteri. Ketika rakan sebaya sibuk dengan tugasan universiti, Bahiyah pula berjumpa jodohnya di Madinat Al-Nabi. Semua tertanya-tanya, kenapa dia menerima Saif Daniel sebagai suami?
Kini – usianya 26 tahun. Menjadi suri rumah tangga, hidupnya semata anak-anak dan keluarga. Malah, Bahiyah sudah lupa gelaran ‘Ustazah Sentap’ miliknya. Itu semua kenangan lama!
Namun pertemuan semula ahli-ahli Badan Dakwah dan Tarbiah (D&T) telah mengubah cerita. Dia cemburu melihat rakan-rakan berkerjaya.
Ironi sekali… teman-temannya pula mahukan hidupnya: Mempunyai suami dan anak-anak penyejuk mata.
Bahiyah tiba-tiba nekad membuat keputusan drastik – membuka agensi mencari jodoh Islamik ‘(Two)Gather TillJannah.’ Sasaran awal klien tentulah sahabat-sahabat baik zaman sekolah!
Can she be the best matchmaker if marriage is the biggest gamble, ever?
Reviews
There are no reviews yet.