SARANGHAEYO SAMSENG

RM30.00

Penerangan

“Menyesalnya kahwin dengan samseng! Muka saja kacak tapi… tak romantik, mengemas tak reti, selalu lupa tarikh hari jadi, duit susu anak pun tak beri!” Begitulah rungutan Medina saban hari.

Hatinya remuk kecewa! Impian bergelar doktor musnah. Setiap hari terpaksa uruskan dua anak kecil dan melayan nyanyuk mak mentua. Lokasi rumah mereka terpencil, di sebelah kubur pula!

Kalaulah Medina dan Chiew Kok Yung (CKY) tidak pernah berjumpa. Mungkin mereka tidak mendirikan rumahtangga. Cukuplah kisah Medina si Cik Akademik dan CKY si Samseng Mereng sampai zaman sekolah sahaja.

Kematian si ibu mentua membongkar satu rahsia. Tanpa disangka… mendiang mewariskan harta bernilai ratusan juta!

Kehidupan mereka bertukar 180 darjah. CKY umpama raja, Medina permaisurinya. Tinggal di rumah agam dengan 20 orang pembantu rumah. Bahagia tidak terkata, hari-hari nyanyi lagu Kalau Aku Kaya!

Namun, benarkah semua orang gembira? Dalam diam, masing-masing mengatur agenda yang membongkar rahsia. Nampaknya kehidupan baru ini mempertaruhkan cinta, keluarga, nyawa dan agama. Adakah Saranghaeyo Samseng menjadi kalimah permulaan atau penamat kisah cinta mereka?

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “SARANGHAEYO SAMSENG”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…