BTS Bahasa Melayu

RM12.00

Penerangan

Puan Zainah Zen ~ guru terbaik mata pelajaran subjek Bahasa Melayu peringkat negeri Johor. Beliau diserap masuk ke Sekolah Zara Damansara, sekolah antarabangsa yang begitu teruk keputusan para pelajarnya dalam subjek Bahasa Melayu.

Semua anak-anak VIP sering menganggap Bahasa Inggeris lebih mulia. Manakala bahasa kebangsaan tidaklah penting mana… picisan malah rendah tarafnya.

Lalu pihak sekolah mengambil inisiatif yang drastik. Mereka telah menawarkan hadiah bernilai RM10,000 bagi pelajar yang berjaya mendapat skor tertinggi dalam subjek itu.

Erna Zikri, anak si guru cemerlang… turut sama berpindah ke Sekolah Zara Damansara bagi mengikut ibunya, terus terbeliak biji mata. Hebatnya ganjaran! Si gadis sememangnya sedang mencari sumber kewangan mahu membeli tiket VIP konsert BTS yang berharga RM3000.

Barulah boleh lihat Suga, idola kesayangan dengan jelas dan terang di hadapan mata!

Atas sebab itu, Erna Zikri berazam mahu memenangi hadiah yang ditawarkan. Tanpa mengetahui di Zara Damansara… ada seorang juara bertahan dalam subjek Bahasa Melayu iaitu Ilie Elisha.

Pertembungan dua gadis itu begitu dramatik, siapa akhirnya yang akan berjaya? Bacalah novel BTS Bahasa Melayu ini bagi menambah kekuasaan dalam bahasa kebangsaan kita ya!

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “BTS Bahasa Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…