Misteri Cakaran Siling

RM12.00

Penerangan

Epul seorang pelajar nakal yang gemar mengusik orang. Dipaksa mengikuti sebuah program kem motivasi di kawasan hutan terpencil. Oleh kerana kem motivasi itu berada jauh di dalam hutan… maka ia jarang dikunjungi orang.

Di kem itu, Epul beserta dua orang rakannya mendapat bilik penginapan yang paling hujung. Bilik kelihatan suram dan misteri, siling pula berlubang bocor di sana sini. Banyak kejadian aneh dan pelik berlaku… termasuklah gangguan bunyi cakaran dari siling yang berlubang itu.

Epul seringkali diganggu, tetapi si remaja itu berlagak berani seolah-olah tiada gentar di hati. Namun semakin lama… gangguan serta bunyi cakaran dari siling terjadi semakin kerap.

Apakah yang mencakar itu dan mengganggu Epul? Sungguh misteri, baca jangan sampai termimpi-mimpi!

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Misteri Cakaran Siling”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…