Bongkar! Misteri Banglo Delaila

RM12.00

Penerangan

Raid dan keluarga kecilnya baru saja berpindah ke Pekan Songkei. Mereka perlu menetap sementara waktu di pekan itu sementara ayahnya menyelesaikan beberapa urusan. Ketika hari pertama ke sekolah barunya, Raid bertemu Fateh, seorang remaja gempal yang mudah gelabah dan kuat menangis. Raid membantu Fateh daripada dibuli beberapa pelajar senior, lalu membawa mereka ke sebuah banglo tinggal.

Banglo Delaila mempunyai pelbagai kisah seram dan misteri yang menjadikan banglo itu dijauhi dan ditakuti penduduk di situ. Raid dan Fateh perlu menerokai banglo itu sehingga mengalami beberapa insiden menakutkan. Tanpa mereka sedari, ada misteri disebalik semua tragedi yang berlaku di sana. Dengan bantuan beberapa kawan baharu yang lain, Raid perlu menyiasat dan membongkar misteri banglo seram di atas bukit itu.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bongkar! Misteri Banglo Delaila”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…