Juvana: Derita Syantik

(2 customer reviews)

RM12.00

Penerangan

Di media sosial, Syanti Kamaruzzaman menggunakan nama gelaran SYANTI K. Gadis Sabah itu teringin menjadi Instafamous, punyai jutaan pengikut local & global. Setiap setengah jam pasti memuat naik video & gambar yang pelbagai aksi. Berbekalkan kecantikan & aksi gedik memikat hati, pastinya menarik perhatian terutamanya para lelaki.

ROYZAKRI adalah salah seorang daripada PEMUJA RAHSIA. Berpeluang menjadi rakan sekelas adalah peluang keemasannya. NAMUN, sedar akan kekurangan diri, dia sekadar menjadi pemerhati. Dek ramai yang mula mendekati si SUMANDAK SABAH, ROYZAKRI rasakan dia perlu membuat langkah pertama. Hati jadi pedih apabila perasaannya dicaci.

Tidak cukup dengan itu, dia dimalukan dengan panggilan bukan-bukan. RASA KASIH BERTUKAR BENCI. Bukan sahaja si remaja 16 tahun, malah ada dua lelaki lain turut menyimpan dendam. Akibat bisikan syaitan, SYANTI menjadi mangsa melepaskan geram. Kecantikan mengheret dirinya kepada derita kematian yang kejam! “Bukan main lagi kau hina aku ya? Kata aku hanya layak pegang cangkul sebab anak penggali kubur. Hari ni aku akan pastikan kau masuk kubur disebabkan cangkul!”

2 reviews for Juvana: Derita Syantik

  1. Maizatus Solehah

    Buku Derita Syantik sangat menyeronokkan.. banyak pengajaran yang saya dapat..

  2. amrose (verified owner)

    Buku ini sangat menyeronokkan!!! Banyak pengajaran saya dapat!!!

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…