Jangan Ponteng Puasa

RM12.00

Penerangan

Tidak boleh makan walau sebutir nasi. Mana boleh minum walau setitik air. Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum, serta tidak melakukan segala perkara-perkara yang membatalkan puasa sedari terbit fajar sehinggalah terbenam mentari.

Imam al-Munawi berkata: “Orang yang berpuasa, Allah memberinya balasan pahala yang banyak. Allah yang menguruskan balasan pahala itu tanpa diwakilkan kepada malaikat yang paling dekat atau makhluk-makhluk lain kerana puasa itu rahsia antara Allah dengan hamba-Nya. Ini kerana apabila ditahan dirinya daripada nafsu syahwat maka ia diberi pahala dengan pengawasan Allah SWT.”

Betapa besarnya hikmah berpuasa… sebab itu apabila ada kentang-kentang remaja yang cuba-cuba ponteng puasa, maka siaplah… Superkentang pasti akan datang memberi peringatannya! Inilah komik yang sarat himpunan lawak jenaka tentang puasa, namun seperti biasa diselit segala fakta penting lagi berguna.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Jangan Ponteng Puasa”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…