Keluarnya Yakjuj Makjuj

(2 customer reviews)

RM12.00

Categories: ,

Penerangan

Dunia ini bukanlah kekal, hanya persinggahan semata-mata. Ia akan musnah jua. Diakhiri hayat bumi ini dengan kehancuran maksima. Menemui penamat hakiki iaitu KIAMAT yang ditakuti semua.

Manusia – bakal mati.

Bintang-bintang berjajaran di dada langit – pasti berlanggaran sesama sendiri.

Gunung-gunung yang megah – runtuh dan ranap menyembah bumi.

Lautan tenang – nantinya akan bangkit ombak-ombak tinggi menghancurkan segala isi bumi.

Namun… sebelum kemusnahan itu berlaku, manusia akan diuji terlebih dahulu. Didatangkan kemusnahan besar-besaran oleh makhluk perosak bernama Yakjuj Makjuj.

Ia sekumpulan bangsa yang dikatakan akan muncul dari kerak bumi, sebelum ini sudah ditembok dan dipenjarakan oleh Iskandar Zulkarnain. Namun melepaskan diri apabila Allah memberikan kebenaranNya. Membawa kemusnahan hakiki… wataknya sama seperti zombie. Ganas, membunuh, merogol dan mengambil segala hasil bumi.

Yakjuj Makjuj dipercayai dalam semua jenis kepercayaan agama. Agog Magog adalah nama yang disebut menurut kitab Yahudi lama. Diberi istilah berlainan namun fungsinya tetap sama. Apapun nama yang diberi, ia dipercayai akan muncul pada penghujung zaman nanti. Dan sebagai manusia biasa, jika ia muncul… adakah kita bersedia?

2 reviews for Keluarnya Yakjuj Makjuj

  1. Maria elena

    Buku ini sangat menakutkan…ianya menceritakan keluar yakjuj makjuj,dan pengorbanan seorang ibu untuk anak lelakinya yang berumur 10 tahun!

  2. Mohd Sidik Thian

    Xde ke sambungan buku ni?? Kata next kisah kiamat….

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *