TIKTOK TERROR

RM12.00

Penerangan

Segala keanehan bermula di rumah seorang bomoh patah. Kaka Zalikha yang cabul mulutnya… mempersoalkan tentang keberkesanan urutan, malah berkeras mengatakan hospital adalah alternatif yang lebih baik. Bukan si bomoh patah!

Bukan setakat itu, si gadis turut merakam segalanya, dimasukkan dalam TikTok dan menjadi viral!

Sejak insiden itu, ahli keluarganya mula berubah. Pelik! Tidak mahu makan, mata memerah lebam, cepat marah dan asyik mencakarcakar. Mereka seolah-olah dirasuk jin jahat yang mendominasi tubuh badan. Maka apa yang mampu Zalikha lakukan hanyalah berkurung sendirian. Namun anak patung yang betul-betul di dalam biliknya juga turut dirasuk, bercakap dengan bibir plastik berkeriut. Ketawa menyeramkan, buat Zalikha lemah lutut. Paling menakutkan, patung itu menghempap dirinya agar kaku tidak mampu bergerak. Patung itu mahu mencederakannya!

Pada kala segala yang buruk bertimpa-timpa melanda, apakah ada yang mampu menyelamatkan Zalikha? Bacalah novel TikTok Terror… jangan baca sambil LIVE TikTok ya

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “TIKTOK TERROR”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…