Juvana: Mangsa Cinta

(6 customer reviews)

RM12.00

Penerangan

Nadrah gembira dapat bercuti ke Thailand. Namun segalanya bertukar tragedi sekelip mata… pelajar 13 tahun itu terpisah daripada kakak dan abang iparnya. Itulah permulaan yang membawanya ke ‘neraka dunia’!

Gadis malang itu diculik dan dikerah menjadi peminta sedekah. Dirinya tidak kenal sesiapa, tempat tinggal pun beralaskan kotak semata-mata. Tiada ibu tercinta, jauh sudah dengan ayah untuk mengadu-domba. Meratap nasib sengsara, hanya berserah kepada yang Maha Esa.

Baru sahaja cuba lari, salah satu tangannya dikerat tanpa simpati. Malah dia dipaksa mengedar dadah!

Sehinggalah terbongkar rahsia, dirinya adalah mangsa sindiket pemerdagangan manusia. Sejak awal lagi segalanya memang dirancang oleh syaitan bertopengkan manusia!

Siapa sebenarnya yang terlibat dalam agenda keji tersebut? Dapatkah Nadrah bertemu semula keluarga, ataupun terus terseksa?

Ketahui kisah hidup Nadrah, inspirasi kisah mangsa jenayah sebenar. Hayati isi hati Nadrah yang sepatutnya seorang pelajar baru masuk sekolah menengah, bukannya pengedar dadah akibat Mangsa Cinta.

6 reviews for Juvana: Mangsa Cinta

  1. Putri Hazlyn

    mangsa cinta , jangan disebabkan mahu perkahwinan yang sangat mewah orang lain yang jadi mangsa . pengajaran yang saya dapat didalam buku ini ialah , sayangi darah daging sendiri . usahlah gunakan adik untuk melangsaikan hutang banyak cara untuk melangsaikan hutang , salah satunya ialah cari kerja . wajib suami isteri melangsaikan hutang bersama sama . padahnya membawa maut . saya cadangkan kalau nak cepat dapat duit , mintalah baik baik dengan ibu bapa kita . tolonglah mereka . inshaAllah mereka akan tolong kita balik . ❤️ sebenarnya nak bagi 10bintang . tetapi ada 5 sahaja hehehe ❤️ apa apa pun tulisan by kak shiela & kak shasya always menyentuhkan hati saya 💖

  2. Nik Batrisyia

    Kisah mengenai Nadrah yang diculik dan dipaksa menjadi pengemis sememangnya mendebarkan hinggakan jantung hampir tercabut! Pembaca pastinya mengalir air mata kerana terlalu tragis hingga tidak terjangkau dek akal! Ia memberi kesedaran kepada pelancong supaya lebih berwaspada ketika berada di negara lain serta tidak mempercayai orang yang tidak dikenali terutamanya kanak- kanak.

  3. Martini bt abd wahab

    Untuk tatapan semua,kak shasya adalah peguam yang menulis novel.Kak Shiela pula bekas editor dan terjemahan korea.Buat pengetahuan semua,novel ini berkisahkan seorang kakak sanggup mengadaikan maruah adiknya semata-mata kerana cinta!Adiknya terpaksa melaksanakan kerjaya yang keji di bumi Thailand.Novel ini mampu menggugurkan air mata sebaldi!

  4. Kasih Damia Riesya Rizal

    Novel ini mampu membuatkan anda menangis
    hingga sembab kerana kisah Nadrah yang terseksa di Thailand.Ianya disebabkan oleh kakaknya yang tergamak menjual Nadrah!Bermula Nadrah dikerah menjadi peminta sedekah selepas itu menjadi pengedar dadah memyebabkan Nadrah terasa begitu terseksa dengan hidupnya.Hidupnya gelap gelita tanpa keluarga disisi.

    #CABARANCUTISEKOLAH04

  5. Aisyah Najla

    Novel ini banyak pengajaran untuk semua orang yang sedang bercinta.Antara pengajarannya adalah,jangan mudah mempercayai orang yang tidak dikenali dan jangan bercinta dibawah umur kerana banyak masalah yang akan timbul.

  6. Arfan

    Buku ni saya tak beli online tadi kak saya Ada buat program Di sekolah saya saya beli sehari dah habis baca sangat sedih

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *